Photographer in Rembau | Negeri Sembilan

6:23 PM Unknown 0 Comments

Wafie & Jaja


13 April lalu, 1 majlis ijab kabul antara dua pasangan yang telah memulakan bibit cintanya sejak di Universiti lagi. Diikuti juga majlis persandingan. Suasana Kampung Belitong, Rembau yang admin kira sangat indah dan kaya dengan alam semula jadi, dilitupi gunung ganang penuh kehijauan, terdapat juga air terjun yang mana tidak ramai orang luar yang tahu. 
Majlis pernikahan saudara Wafie & saudari Aizah(Jaja) telah disaksikan dengan meriahnya oleh keluarga-keluarga rapat juga sanak saudara yang mengelilingi pengantin ketika itu. Tidak lupa juga keluarga dan penduduk kampung Saudari Jaja yang sangat peramah. 
Sesi outdoor kami hanya bawak di kawasan berhampiran iaitu air terjun yang admin sebut tadi.
Majlis persandingan, pengantin mengenakan pakaian hijau nak ke turquoise agaknya, atau tertier color dalam Art. Rekaan pakaian yang indah berserta pelamin ini telah disediakan oleh Jessica Bridal, sebagai wedding planner.

Terima kasih kami ucapkan kepada pasangan pengantin dan seluruh warga kerja, penanggah, brader DJ, dan juga seluruh keluarga pengantin yang begitu sporting memberikan kerjasama sekaligus melancarkan keseluruhan majlis pernikahan dan persandingan Wafie & Jaja.  




photographer :: Azizul |Hariz
directed by khatarastudio
edited by khatarastudio team

© 2013. All Rights Reserved. Khatarastudio
Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.


tags:: Wedding Photographer, Jurufoto perkahwinan, Perkahwinan di Rembau, Jurugambar, Pertunangan, Pre Wedding, Post Wedding


0 comments:

Family Portraiture - Putrajaya

7:53 PM Unknown 0 Comments

Shooting outdoor family portraiture kali ni berlokasi di Putrajaya. Actually family yang sangat sporting ni nak shooting untuk beradik ni mempunyai visi & misi yang jitu untuk ke menara gading, Thumb up untuk mereka yang patut dicontohi semua lapisan anak muda untuk memberi sumbangan pada negara bahkan pada dunia.

Kakak pertama yang baru sahaja graduate PhD nya di USM, Penang. Diikuti adik perempuannya (yang tengah), setahun lagi untuk menghabiskan programme Master nya di US. Dan juga adik bongsunya sedang study di UTP Sri Iskandar, Perak.

Instead of indoor photo shoot berlatar belakang buku-buku library, family ini memutuskan untuk membuat outdoor.
Inilah whole family yang terpaksa berbaring untuk memenuhi arahan KS team di taman botanic. hehe..
Ni adalah anak sulung keluarga ini, Dr Izma. Dan dibawah ni adalah adik beliau Cik Nisa.
Dua tempat yang menjadi pilihan kami adalah Pullman Hotel & Taman Botanic.






© 2013. All Rights Reserved. Khatarastudio
Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.


0 comments:

New Born | Hayyan Fudael

11:10 PM Unknown 1 Comments


Newborn
Hayyan Fudael Bin Syafiq Hariz
Born in 16th March 2013

Pada 16 March 2013 yang lepas, lahirlah zuriat khatarastudio yang pertama. Atau lebih afdhal dengan crew khatarastudio yang baru. Kali pertama meng'handle' baby newborn adalah pengalaman yang indah penuh dengan kesabaran. Bukannya senang-senang nak suruh baby ni pose. Kita yang kene posekan dia, depends lak dengan mood dia, ngantuk ke, lapar ke, nak nangis je ke. Jadi gambar-gambar yang ada ini diambil dalam waktu yang berbeza mengikut suke hati bakal CEO khatarastudio ni.

Hayyan Fudael Bin Syafiq Hariz, telah dilahirkan di Hospital Putrajaya pada pukul 08.50 malam dengan kelahiran normal. Si ibu Nor Tijan Firdaus merangkap concept director untuk khatarastudio  juga sihat. Bersyukur ke hadrat ilahi moga dengan rezeki yang diberi ini akan membawa lebih banyak rezeki akan datang. Amin!! 








© 2013. All Rights Reserved. Khatarastudio
Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.





                     



1 comments:

VISITORS COUNTER